Saturday 25 February 2017

Nak bagi aircond kereta sejuk

D.I.Y SEJUKKAN AIRCOND KERETA

Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap tak jom lah kita buat sikit D.I.Y ni untuk sejukkan aircond kereta tanpa perlu ke bengkel kereta yang entah berapa RM kena cas nanti kan.

Artikel ini dipetik menerusi Facebook Seri Kehidupan Abadi.

Tak mahal pun buat D.I.Y ni, beli beberapa barang yang tak sampai rm50 je pun, dah boleh sejuk kereta korang.

MUDAH & SAVE BUDGET dengan ekonomi negara dan ekonomi sendiri tak menentu ni.

Antara bahan-bahannya ialah :

1. Foam Pipe
2. Aluminium foil tape
3. Cable Ties
4. Pisau @ Gunting






Dah ada bahan-bahannya boleh lah mula membalut… Jom kita mulakan.




Kalau tak tahu nak cari mana salur paip aircond. Buka aircond kereta anda kemudian tunggu beberapa minit kemudian matikan engine.  



Tengok mana-mana salur dekat bahagian engine yang nampak macam basah-basah sket. Kemudian cuba sentuh jika sejuk.


Itulah salur aircond kereta anda. Dan boleh lah mulakan proses D.I.Y sejukkan aircond kereta anda.



Balut semua dari paip bawah sampai ke hujung. Aircond akan sejuk nanti daripada biasa.
Sumber | Kredit : Facebook Seri Kehidupan Abadi

Kereta sewa Kok Lanas
019-795 4343

Wednesday 22 February 2017

Elakkan sabun basuh ketika basuh enjn


Elakkan sabun basuh


Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.


Biasanya minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.


Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, kadangkala anda sebenarnya 'membantu' memajukan perniagaan mereka.


Jika bersihkan bahagian luar pula lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.


Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.


Debu dan lumpur pada kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.


Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam.


Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, guna kain bersih basah. Penggunaan kain kering boleh sebabkan calar atau goresan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.


Jika basuh gunakan sabun, jangan biarkan sabun terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.


Selepas dibasuh, keringkan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Sumber | kredit : http://bestdealperodua.com/ | http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-502486.html


Kereta Sewa Kelantan





Tempahan secara online 

Semak Harga

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040

Tuesday 21 February 2017

Kereta Sewa Kok Lanas

Salam,

Jika anda mencari kereta sewa Kok Lanas, boleh datang ke pejabat kami seperti alamat di bawah :

PT 2432, TINGKAT 1, TMN HJ MUSTAPHA, JLN KUALA KRAI, 16450 KOK LANAS


Tempah awal untuk mengelakkan kereta habis.

Kereta sewa Kok Lanas
019-795 4343

Tempahan secara online 
www.klezcar.com

Semak Harga
https://www.klezcar.com/ratesearch.php

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040