Sunday 16 April 2017

Mengapa Perlu Tukar Minyak Pelincir Mengikut Jadual ?



Mengapa Perlu Tukar Minyak Pelincir Ikut Jadual?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengapa agaknya perlu untuk tukar minyak pelincir ? Minyak pelincir adalah penting bagi sesebuah enjin kenderaan sebelum komponen di dalamnya seperti omboh dan bebola besi boleh digerakkan dengan lancar. Namun begitu, minyak pelincir akan hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana faktor haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri. 

Minyak pelincir perlu ditukar bagi membolehkan ia menjalankan fungsi mencuci enjin kereta. Minyak pelincir juga menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini akan menurun melalui masa. Minyak pelincir yang tidak ditukar boleh menyebabkan enjin panas dari biasa.

Bagi menjawab soalan asal, kesimpulan yang dibuat adalah: 
- supaya komponen boleh digerakkan dengan lancar
- minyak semakin hilang daya pelinciran
- mencuci dan menyejukkan enjin kereta

Lazimnya, minyak pelincir perlu ditukar setiap kira-kira 5,000 kilometer atau lebih kurang empat bulan bergantung kepada jenis kenderaan. Jadi, tukarlah minyak pelincir mengikut jadual yang telah dicadangkan.


Sumber | Forum

***

Kereta Sewa Kok Lanas - Kelantan 
019 - 795 4343


Tempahan | www.klezcar.com

Pertanyaan | 1300-88-4040